Welcome to The Faculty !!! (",)


The Society's Board of Commitees of 2008/2009 would like to cordially welcome you guys (and girls) as the freshmen of UPM to The Faculty. We hope that you will find your studies in the field of science, namely biotechnology, microbiology and biochemistry, interesting and your stay in UPM throughout the study period will be fruitful of new knowledge and experiences.

" Study + Activities = Excellence "

Well, now let's hear what the Dean have to say about The Faculty:


Alhamdulillah, kini Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech UPM) telah genap 4 tahun penubuhannya. Meskipun masih baru, namun kerjasama yang erat oleh semua staf telah melonjakkan Fakulti ini menjadi salah satu fakulti harapan UPM. Fakulti memikul tanggungjawab besar untuk membantu membangunkan bioteknologi negara menerusi penyelidikan yang dijalankan di makmal yang dikendalikan oleh pegawai yang terlatih.Oleh itu Fakulti sentiasa memberi perhatian yang tinggi terhadap latihan staf.

BioTech UPM mempunyai kepakaran tenaga mahir dan pelbagai kemudahan bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta memberi perkhidmatan profesional dalam semua bidang yang melibatkan bioteknologi. Fakulti telah berjaya menambah kemudahan infrastruktur iaitu Makmal Pengajaran Pusat di bangunan lama Fakulti Kejuruteraan. Kemudahan ini akan merancakkan lagi aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam Rancangan Malaysia ke-9 ini.

BioTech UPM masih mengekalkan teras program pengajian oleh setiap jabatan di samping menawarkan kursus teras dan kursus elektif bagi program atau keutamaan lain. Kini, Fakulti menawarkan tiga (3) program pengajian di peringkat Bacelor. Program-program tersebut adalah Bacelor Sains (Bioteknologi) dan Bacelor Sains (Kepujian) major dalam Biokimia atau Mikrobiologi.

Pada peringkat pengajian ijazah lanjutan, Fakulti menawarkan Program Master (MS) dan Program Ijazah Kedoktoran (Ph.D). Bidang-bidang pengajian untuk M.S. dan Ph.D yang ditawarkan adalah Bioinformatik, Biokimia, Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Makanan dan Enzim, Bioteknologi Mikrob, Bioteknologi Sel Haiwan, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Tumbuhan, Biologi Struktur, Mikrobiologi dan Nanobioteknologi.

Kami mementingkan Sistem Pengurusan Kualiti. Pelajar merupakan pelanggan utama kami. Di BioTech, kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan perundingan.


“BERILMU BERBAKTI”

Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan

Dekan

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply